PENGENALAN
Zealrich Academy PLT dengan
kerjasama Pertubuhan Pembangunan Usahawan Manek Urai (PPUMU) dan Pusat Internet
Manek Urai bercadang mengadakan Bengkel Photoshop Touch bersama En.Zakuan
Mohamad iaitu tenaga pengajar yang mahir dalam ICT khususnya laman web
e-commerce. Program ini lebih kepada bengkel mempelajari teknik mudah menggunakan
aplikasi Photoshop Touch untuk Android. Melalui program seumpama ini dapatlah para
peserta mengaplikasikan design untuk membangunkan blog niaga terutama dalam
editing produk mahupun pembinaan poster asas mengikut kreativiti masing-masing.
TUJUAN
Tujuan bengkel ini adalah
memberi pendedahan dalam bidang ICT terutama dalam memaksimumkan penggunaan
handphone khususnya yang menggunakan sistem operasi Android. Selain itu bengkel
ini juga mampu memberikan peserta penjanaan pendapatan apabila memanfaatkan dunia
ICT dengan menghubungkan kepada platform perniagaan sebenar samada secara online
dan offline.
OBJEKTIF & MATLAMAT PROGRAM
- Memberi
pendedahan dalam dunia ICT khasnya penggunaan handset secara maksimum
- Mewujudkan
para usahawan yang berintelek dan bijak IT
- Mengenali aplikasi Photoshop Touch
- Mempelajari dan menguasai teknik penggunaan layer, tools dan panel
- Memanfaatkan Photoshop Touch untuk menghasilkan grafik bagi kegunaan kedai online
- Membina poster untuk blog niaga
- Memberi pendedahan dalam dunia ICT khasnya penggunaan handset secara maksimum
- Mewujudkan para usahawan yang berintelek dan bijak IT
- Mengenali aplikasi Photoshop Touch
MENGAPA PERLU BELAJAR PHOTOSHOP TOUCH?
Adobe Photoshop merupakan perisian yang sangat penting dalam rekabentuk grafik untuk menyunting foto, membuat design, dan meningkatkan kreativiti. Sesuai untuk pemasaran perniagaan advertising, printing, fotografi, rekabentuk laman web dan banyak lagi bidang berkaitan. Peranan Adobe Photoshop telah diperluaskan lagi melalui Photoshop Touch khas untuk sistem operasi Android.
Photoshop Touch ini telah memudahkan pereka grafik, Pembangun laman web dan pelajar mengakses perisian yang hampir serupa dengan Adobe Photoshop versi PC atau Mac. Perisian ini menjadikan anda bebas mengedit imej atau foto walau di mana sahaja anda berada tanpa perlu menyambung kepada talian internet.
Ramai sebenarnya yang tidak mengetahui akan kewujudan perisian ini kerana ia tiada di dalam Playstore/Google Play. Ia hanya boleh didapati melalui Pengajar perisian tersebut atau melalui group telegram seperti "Kelas Multimedia Power".
Konsep pembelajaran
*Berkonsepkan industri rekabentuk sebenar.
*Pembelajaran lebih fokus secara praktikal bukan sahaja teori.
*Pembelajaran yang pantas, ringkas dan efektif.
*Aplikasi Photoshop Touch disediakan secara percuma
BILA DAN DI MANA?
TEMPAT: PUSAT INTERNET MANEK URAI
TARIKH: 24 OGOS 2019(SABTU)
MASA: 8.30 PAGI – 6.00 PETANG
PENGAJAR:
MD ZAKUAN BIN MOHAMAD
ECOMMERCE EXPERT /
MANAGING DIRECTOR ZEALRICH ACADEMY PLT /
GROUP CEO LATAREK HOLDINGS SDN. BHD.
0 comments:
Post a Comment